Tuesday, 8 December 2015

Cuti-cuti Yang Indah


Alhamdulillah.....syukur di atas kurniaan Allah Swt di atas segalanya. Syukur di atas nikmat kesihatan, nikmat kebahagiaan hidup berkeluarga, nikmat membesarkan anak-anak, nikmat rezeki, nikmat kerja tetap, nikmat bercuti dan sebagainya.
          Sejujurnya, saya amat ternanti-nanti hari cuti sebegini. Nikmat sesangat......Pada perancangan awal, 5 Dis 2015 adalah hari memulakan  sem baru, Fasa 1 Sem 3 di Upsi. Rasa sekejap je masa berlalu, tanpa disedari,dah setahun  saya dan rakan-rakan berada di Upsi setiap minggu. Perjalanan menimba ilmu yang sangat-sangat memerlukan komitmen yang  tinggi, kekuatan fizikal dan mental yang paling maksima, hanya insan terpilih  sahaja dapat merasai peluang sebegini. 
          Oleh kerana kelas ditunda ke tarikh 19 Dis 2015, maka perancangan asal untuk bermalam bersama keluarga tersayang di Tanjung Malim seterusnya untuk bercuti ke genting highland, terpaksa diubah di saat akhir. Inilah masanya ! Hampir tiada idea destinasi mana yang harus dituju, hasil survey.....akhirnya.... Melaka again.
          Destiasi  pertama adalah  ke Zoo Melaka untuk kesekian kalinya. Tujuan utama kali ini adalah untuk mengenalkan  si kecil Jeeha kepada binatang. Memang betul info dari sahabat, binatang di Zoo Melaka telah berkurangan. Walau ape pun, Jeeha sangat teruja melihat binatang-binatang yang ada di situ. Kali ini, kami berlima memilih untuk berjalan mengelilingi zoo tersebut, sekiranya menaiki tram, perjalanan itu kurang adventure. Kami menghabiskan masa selama 2 jam di zoo. Tepat jam 3.00 petang, kami bergerak ke Hotel Prima.


 Nampak tak? Sangat xcited si kecil Jeeha ni...

Dah boleh senyum, sebab dah tertunai hajat untuk beri makan kat si belalai ni...

Antara haiwan yang ada di sini

             Untuk menjejaki Hotel Prima bukan perkara yang sukar, kerana waze amat membantu.  Jam 4.30 petang kami tiba di hotel. Kami berehat sehingga jam 6.30 petang. Makan malam di kedai mamak, kerana tiada pilihan lain. Malam tidak ke mana-mana. Hanya memerap di bilik sahaja, kerana lelah di siang hari masih belum hilang sepenuhnya. Walaupun hanya menghabiskan waktu di bilik, tetapi melihat gelagat anak-anak yang tak reti penat, asyik bergumpal, bergurau, membuatkan saya tersenyum dan terdetik di hati, sangat beruntung anak-anak zaman ini.
          Destinasi hari ke-2 dimulakan dengan Pahlawan Walk. Saya hanya membeli kuih-muih dan t-shirt 3 helai untuk dibawa pulang sebagai buah tangan. Next, makan tengahari di Asam Pedas Claypot Corner. Then, straight to Upside Down Home Gallery. Oleh kerana hari ini merupakan cuti sekolah dan hari cuti umum, punyalah ramai umat untuk membeli tiket dan beratur menunggu giliran masuk ke rumah terbalik ni.

Antara aksi-aksi di Upside Down Home Gallery

          Then, berehat seketika di Medan Samudera, pekena ais krim potong. Memang awsome....

Tak naik menara Taming Sari kali ni

Destinasi akhir ialah mengelilingi Sungai Melaka dengan River Cruise. Manyak Syok ooo. Jeeha tak naik lagi sebelum ni. Tapi melalui pemerhatian, Jeeha lebih syok tengok baby twin yang tengah nyanyak tidur kat double stroller dari menikmati pengalaman naik cruise, hihihihi. Apa la adik ni.


Seperti biasa, saya suka wat video sebagai kenang-kenangan. Jom, layannn.....




No comments:

Post a Comment