Monday, 30 November 2015

HAKM SRAISM 17 NOV 2015

          Assalamualaikum......salam pagi yang ceria. Selamat bercuti kepada semua anak-anak selama sebulan setengah. Ibu-ibu jangan pening kepala yeee. Kepada para pendidik, walaupun perlu datang bertugas pada tarikh-tarikh tertentu sepanjang cuti ini, ia merupakan perkara biasa. Alhamdulillah, minggu pertama cuti telah selesai agenda berikut:

   * Kursus Pengurusan Kewangan
1.Hari/Tarikh     : Isnin ( 23 Nov 2015 )
   Masa               : 8.00 pagi - 4.00 petang
   Tempat            : Pejabat Agama Islam Daerah PAID Kuala Langat
   
   * Mesyuarat Guru Kali-1 Sesi 2016
2. Hari/Tarikh     : Selasa (24 Nov 2015)
    Masa               : 8.00 pagi - 1.00 tengahari
    Tempat            : Bilik Mesyuarat Ibnu Sina SRAI Sungai Manggis
   
    * Mesyuarat TOV
3. Hari / Tarikh   : Rabu (25 Nov 2015)
    Masa               : 9.00 pagi - 1.00 tengahari
    Tempat            : Bilik Mesyuarat Ibnu Sina SRAI Sungai Manggis 

          Puisi ini membuatkan saya tersenyum untuk seketika.....
Berehatlah wahai guru.

Rungkaikan lelahmu menyemak buku
Bersantailah wahai guru
Yang kering tekak melaung suara menumpah ilmu
Rehatlah wahai guru
Rehatkan kakimu dari lenguh berdiri
Mengajar ilmu di buku

Waktu itu rehat kita terisi
Dengan rancangan misi
Dan visi tahun yang menanti
Waktu itu rehat kita mencari
inti buat mengajar lebih kreatif
Waktu itu rehat kita mungkin terisi dengan kursus
yang hadir secara "emergency"

Gembiralah para ibu bapa
menjaga anak 24 jam yang ada
perhatikan mereka agar tiada jatuh dan luka
jangan dibiar menatap TV dan komputer
nanti malasnya berlemak bertimpa-timpa
sukarlah guru nak membakar kalorinya
pantaulah disiplin saat bersama-sama
agar tertib olah dan lakunya
isikan masanya
dengan perkara berguna
ibadah dan solat tegaskan sentiasa.

Guru tiada sebulan lebih cuma
awal tahun nanti kami
sambut semula

Selamat bercuti ( jika boleh bercuti) kepada semua rakan guru.
 
          Minggu ke-2 cuti, mula bertugas di sekolah. Niat dihati dari semalam nak cerita mengenai Majlis Khatam Al-Quran, Hari Graduasi & Hari Anugerah Kecemerlangan Murid (HAKM) SRAI Sungai Manggis sesi 2015 yang lalu, emmm inilah masanya!. Setelah selesai berkemas apa yang patut, membuang kertas-kertas yang sepatutnya berada di pusat recycle, saya pun memulakan projek ini.....hihihi.
          Tanggal 17 Nov 2015M bersamaan 5 Safar 1437H yang lalu, Selasa. Seawal jam 7.45  pagi, murid-murid telah berkumpul di dewan sekolah. Ketibaan para jemputan yang terdiri daripada kalangan ibu bapa adalah seawal jam 8.00 pagi. Majlis dimulakan dengan Majlis Khatam Al-quran daripada murid Tahun 6. Seterusnya Kata alu-aluan pengacara majlis. Diikuti koir lagu Negaraku, Negeri Selangor & Lagu Sekolah.  Doa dibacakan oleh Al-Fadhil Ustaz Sallahuddin B Mohd Tabiee. Pada Tahun ini Pn. Siti Ramziah Bt Mohd Nasir dan Pn. Nur Afifah Aini Bt Ismangil telah terpilih sebagai pengacara majlis.

Siap diiring dengan bunga manggar lagi....Bersedia untuk masuk dewan.

Khusyuk.....membaca surah-surah dari Juzuk Amma. ( Pembimbing :Ustazah Zarina Bt Yunus & Ustazah Siti Muzainah Bt Marjuned )


Pn.Siti Ramziah Bt Mohd Nasir & Pn. Nur Afifah Aini Bt Ismangil selaku pengerusi majlis



Tentatif seterusnya :
09.30          : Ucapan Guru Besar SRA Integrasi Sg Manggis
                   : Ucapan YDP PIBG SRA Integrasi Sg Manggis
                   : Ucapan perasmian oleh :
                   YB Hasnul B Baharuddin ADUN Kawasan Morib. Pada asalnya Yang Berhormat Tuan 
                    Nik Nazmi Bin Nik Ahmad ( Adun Sri Setia). EXCO Pendidikan, Pembangunan Modal 
                    Insan, Sains, Teknologi Dan Inovasi.
                   : Persembahan 1
                   : Graduasi Tahun 6

Ahmad Mursyed beraksi sebagai bumi....memang menjadi!

 Azizul Rashid Zuhaili B. Azli
Aisyah Najihah Bt Mohd Azizul

11.30 pagi          : Jamuan VIP, Guru & Ibubapa
12.00 tengahari  : Penyampaian Hadiah / Sijil
  •  Murid Cemerlang Peperiksaan Aliran SRAI
  • Murid Cemerlang Peperiksaan Aliran SRA
  • Mata Pelajaran Terbaik Aliran SRAI & SRA    
                           : Persembahan 2
                           : Penyampaian Hadiah / Sijil
  • Peningkatan Prestasi Aliran SRAI & SRA
  • Murid Terbaik Keseluruhan Tahap 1 & Tahap 2 Aliran SRAI
  • Murid Cemerlang PSRA (Mumtaz)
  • Murid Cemerlang UPSR (5A)
  • Tokoh Akademik (kurikulum) & Kokurikulum
01.00 petang       : Bersurai


* Pada tahun ini, jumlah murid yang mencapai mumtaz dalam PSRA adalah seramai 29 orang, di  
    mana tiada murid yang gagal. Peratus : 100%
* GPS : 1.71
* UPSR , murid yang mencapai 5A ialah seramai 4 orang.
* GPS : 1.87

Sape yang dapat no 1, 2, 3 ...tentulah dapat hadiah
 
Belajar rajin-rajin, boleh kumpul banyak hadiah.
 
Alhamdulillah...Mumtaz milik kami

Tokoh Kurikulum : Muhammad Zulhusni B. Mohd Baderon
& Tokoh Kokurikulum: Aisyah Najihah Bt Mohd Azizul

Barisan Murobbi SRAISM dan YB Hasnul
 
YDP PIBG merangkap perasmi program, YB Hasnul B. Baharuddin 
Guru Besar Sraism, Pn Norhapizah Bt Yunus

Pemuda harapan bangsa ( Ust. Taufik, Hanif, Iswadi & Shahrul Imran )

Jurufoto  pada hari kejadian (Ustaz Muhammad Syubhan B Mohd Syahroni) 

AJK Pendaftaran: Cikgu Norlela Bt Idris dan Cikgu Siti Azizah Bt Zainal Abidin

Puan Guru Besar dan Cikgu Hamidah Bt Rahmat (GPK HEM)

Antara AJK Pengurusan Hadiah (Cikgu Maisharah Bt Salamun)




Alhamdulillah....selesai berkemas

 Tema pentas: Melayu Tradisional. Cetusan ilham & tenaga kerja dari team AJK Pengurusan Pentas 
Pn.Rasimah Bt Marjan
Pn.Noraishah Bt Jajuli
Pn.Emaliadzura Bt Abdul Malek


Yang teristimewa lagi disayangi...Pn Guru Besar, Ustazah Norhapizah Bt Yunus.

Dengan rasa suka, gembira, teruja, mari sama-sama kita saksikan sedikit ole-ole sebagai kenang-kenangan untuk semua.




 













 
 






 


 
                            



Friday, 27 November 2015

Mai Cek Mai

          Assalamualaikum..... alhamdulillah, Allah masih beri peluang untuk saya bernafas, meneruskan aktiviti hari ini seperti biasa. Bangun pagi hari ini, terus teringat nak sambung tulis blog, bukan ingat nak wat sarapan ape yee...hihihi. Emmm, tengah excited la katakan. Baru tau cara nak upload video yang kita buat sendiri. Terima kasih banyak pada sahabat, k.Nurhasimah Arshad yang banyak membantu walaupun hanya dalam telegram dan whatts App. Memang  saya akui bahawa teknologi yang semakin maju ini sedikit sebanyak menjadikan kita berusaha untuk mahir IT. 
          Berbalik kepada tujuan asal, sebenarnya pagi ni nak kongsi cerita dengan semua mengenai lawatan sekolah saya ke Penang. Ini merupakan salah satu acara tahunan Tahun 6. Oleh kerana tahun ini saya merupakan sebahagian guru tahun 6. Guru kelas tahun 6 Gigih dan guru subjek Akhlak. Rasa bersyukur sangat dengan keputusan PSRA yang saja diumumkan, bila semua calon PSRA lulus 100% Terbaik bagi daerah Kuala Langat, di mana jumlah murid mumtaz ialah 29 orang. Ini merupakan tahun percubaan bagi saya. Tak sangka amat membanggakan! Tahun depan, 6 Gigih 2016....mu tunggu aku datang...hihihi. Perlu terus struggle dan memerlukan banyak pengorbanan. " Sebuah kejayaan itu umpama sebatang pokok : " Akarnya pahit tetapi buahnya manis"
          Eh, eh .... cerita pasal PSRA pulak sebab suka sangat kan....Ok, throwback ...Saya teruja sangat nak ikut lawatan ni sebab, tak pernah sampai ke sini lagi sebelum ni. Actually, malu nak mengaku.... Siap bawak dua anak lagi. Untungla Nur Iman Nasuha dan Luqman Hakim.  Ahli-ahli lawatan adalah terdiri daripada 9 orang guru pengiring, iaitu diketuai oleh Cikgu Hanif Jamian, seterusnya Cikgu Norhafizah Mohd Noor yang menguruskan sepenuhnya hal lawatan, saya sendiri, Cikgu Rohanidah Mohd Rohani, Cikgu Noraishah Jajuli, Emaliadzura Abdul Malek, Salwa Ibrahim, Zulaili Afidah Amat Taib, Rasimah Marjan dan Cikgu Mas Suriaty Salim. Seramai 60 orang murid tahun 6, dan beberapa orang murid Tahun 5 dan 4.
          Memulakan perjalanan pada jam 10.30 malam. Ahad malam Isnin 8 Nov 2015. Sampai awal pagi jam 5.30 pagi di Masjid Negeri Pulau Pinang. Mandi, dan terus solat subuh berjemaah di masjid tersebut. Tentatif lawatan  adalah seperti berikut:
7.30-8.30            : sarapan pagi
8.30-12.30          : Bukit Bendera 
12.30-2.30          : Makan Tengahari & Solat Zohor & Asar (Qasar serta Jama') di Batu Frenggi
2.30-4.30            : Kilang Batik
4.30-7.00            : Padang Kota Lama( Pantai & Fort Cornwallis )
7.00                    : Bergerak pulang

          Emmmm...memang tak puas. Sekejap sangat...Paling best,  makan nasi beriyani ayam dan pasembok di padang kota lama...awesom sangat! Paling tak best, beratur lama menunggu giliran beli jeruk Pak Ali, hehehe. Memang harus dikunjungi lagi next time. 
Jom layan pic candit...

Cikgu Anip memang suka beraksi cenggitu

On the way ke Bukit Bendera

Cikgu yang lebih-lebih.....
Ape sajela tuuu

Nampak tak ?? Sebatang pokok ni de rupe manusia.....Subhanallah.

Next......layan video pulak.


Ok bai......kita jumpa trip akan datang pulak yeeee












 

MUKHAYYAM OH MUKHAYYAM


          Mukhayyam Perdana Unit-unit beruniform adalah program/aktiviti tahunan bagi sekolah-sekolah SRAI Jabatan Agama Islam Selangor. Program yang berterusan sejak tahun 2009 dilaksanakan untuk menjana peserta memantapkan aktiviti perkhemahan dan mengaplikasikan kemahiran serta pengetahuan dalam menjalankan aktiviti perkhemahan. Ia juga memberi peluang kepada setiap unit untuk terus meminati dan bergerak secara aktif dalam unit-unit beruniform dan sekolah masing-masing. 
          
          Antara objektif program ini dilaksanakan ialah :
1. Menghayati, melindungi dan menghargai alam ciptaan Allah melalui aktiviti perkhemahan.
2. Menanam sikap kepimpinan, toleransi dan sentiasa bermuafakat dalam kumpulan.
3. Mampu bertindak pantas dalam situasi kecemasan dengan menggunakan sumber yang ada di 
    persekitaran.
4. Mengamalkan teknik-teknik pemilihan tapak perkhemahan, pemasangan dan penjagaan khemah, 
    penyediaan bekalan makanan serta aspek keselamatan diri.
5. Meningkatkan jati diri  melalui aktiviti penghayatan solat berjemaah dan penguasaan bacaan 
    Al-Quran.

Peserta dan guru pengiring SRAI Sg Manggis


          Pada 27-29 Oktober yang lalu, (Selasa-Khamis), sekolah saya iaitu Sekolah Rendah Agama Integrasi Sungai Manggis telah mengikuti program ini yang bertempat di Pusat Ko Bagan Lalang, Sepang. Saya bersama rakan, selaku guru pengiring seramai 5 orang beserta murid-murid tahun 6 seramai 35 orang yang terdiri daripada ahli unit beruniform Puteri Islam, PBSM, TKRS dan Pengakap telah sampai ke destinasi seawal jam 9.00 pagi. Memandangkan jarak sekolah saya dengan Bagan Lalang hanya mengambil masa 1 jam sahaja, maka sekolah saya merupakan sekolah pertama yang tiba di pusat tersebut.
          Setelah selesai mendaftar dan menunggu kesemua 10 buah SRAI yang lain hadir, peserta dikehendaki mendirikan khemah masing-masing di tapak perkhemahan yang telah ditetapkan. Pada jam 12.30 tengahari, kesemua peserta seramai 385 orang, berehat, makan tengahari dan solat zohor berjemaah di dewan terbuka yang sedia ada di situ. Seterusnya pada jam 2.00 petang, semua guru pengiring dan peserta diberi taklimat oleh Ketua Komandor -En Ahmad Badri B Abdul Aziz dan Pembantunya Pn.Nurarima. Taklimat adalah berkenaan keselamatan dan pembahagian kumpulan.
Semua peserta dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan yang digelar "Sekawan". Contohnya "Sekawan Putih". Terdapat 10 buah sekawan yang diiringi oleh 3 orang guru dari 3 buah sekolah.

Memasang khemah



  Setelah selesai solat asar berjemaah, 6 kumpulan sekawan iaitu hitam, putih, merah, biru, kuning dan oren dikehendaki bergerak ke pantai untuk melakukan aktiviti-aktiviti mengikut stesyen yang telah ditetapkan. Saya bersama Norhasyimah dari SRAI 19 dan Ustaz Hadzrik dari SRAI Taman Keramat telah mengiringi kumpulan kami iaitu "Sekawan Putih" ke pantai untuk mengikuti aktiviti dan belajar mengenai makanan rimba, kraftangan, pertolongan cemas dan obstacle atau halangan. 
Melalui pemerhatian, semua peserta amat seronok melakukan kesemua aktiviti tersebut. Bagi murid yang tinggal di bandar, ini merupakan pengalaman baru dan sangat berharga bagi mereka.



 Makanan rimba : roti lilit dan kentang  bakar



Obstacle
          Pada jam 6.30 petang, semua peserta pulang ke khemah masing-masing untuk persiapan diri,makan malam dan solat maghrib berjemaah. Pada malam tersebut, aktiviti kembara malam telah dijalankan, di mana semua peserta, guru pengiring dan skuad Kelana perlu mengembara sejauh 15km. Tepat jam 11.30 malam  semua peserta selamat sampai ke khemah masing-masing, minum malam dan tidur pada jam 12.00 malam.
          Aktiviti pada hari kedua diteruskan dengan aktiviti seperti gajet dan ikatan, radio amatur, permainan kim, dan  tunjuk arah. Pada petang itu, pertandingan gajet,ikatan, pertolongan cemas, dan kraftangan diadakan diantara kumpulan sekawan. Apa yang menggembirakan hati saya dan rakan, kumpulan sekawan putih telah mendapat tempat ke-2 bagi acara ikatan. Syabas & tahniah diucapkan!.  Pada malamnya diadakan pula pertandingan apresisai seni diantara sekolah-sekolah. Sekolah saya telah mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan tersebut. Sekalung tahniah diucapkan kepada team guru pembimbing bagi acara ini, iaitu Cikgu Norhafizah Mohd Noor, Cikgu Nurafifah Aini, Cikgu Saadatul Firdaus dan Cikgu Siti Ramziah di atas usaha mereka melatih semua peserta dengan jayanya.

Sekawan Putih
Contoh gajet &  ikatan
          Pada hari ketiga, diadakan pertandingan kawad kaki sebaris diantara sekolah-sekolah. Sekolah saya tidak bernasib baik bagi acara ini. Jangan kecewa, jadikan ianya sebagai pengalaman yang amat bermanfaat untuk masa akan datang. Pada jam 2.00 petang majlis penutup bermula. Setelah selesai penyampaian hadiah dan cenderahati, sesi fotogarafi diadakan untuk mengabadikan kenangan selama 3 hari berada di sini.

Pertandingan Kawad Kaki Sebaris



Wajah-wajah ceria sebelum pulang
( GPK koko Pn.Zulaili Afidah Amat Taib, Cikgu Sazana Jumhuri & saya....cikgu Rohanidah Mohd Rohani
          Melalui program ini, dapat diperhatikan dengan jelas.....
1. Pemupukan semangat kerjasama dan berpasukan.
2. Penerapan nilai-nilai murni dan kemanusiaan.
3. Pemupukan ketahanan mental dan pengawasan emosi.
4. Pengukuhan disiplin kendiri.
5. Pengukuhan disiplin berpasukan.
6. Pengukuhan keimanan dan ketakwaan.
7. Pembinaan daya saing dan daya juang yang tinggi.
8. Penyemaian ciri-ciri kepimpinan berwibawa.
9. Menjana keriangan dan keseronokan bersama-sama secara integratif dan harmonis.
10. Memupuk cita-cita kerjaya melalui rekreasi dan reka cipta.
          Program ini sebenarnya dapat memberi peluang kepada murid untuk menyertai, membina dan memupuk integrasi di kalangan murid dalam usaha membentuk generasi al-quran yang berkemahiran, membina dan mengembangkan jaringan hubungan dan kesatuan sesama muslim demi mewujudkan sebuah bangsa Malaysia yang harmonis dan bersatu padu.

      
Bestnya dapat joint program mukhayyam ni.....
Saksikanlah....

SEKIAN.......DIHARAP PERKONGSIAN INI DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA.