Assalamualaikum dan salam hujung minggu yang
indah, penuh dengan aktiviti bersama insan tersayang. Di sini saya
ingin berkongsi kisah mengenai pengalaman yang tidak seberapa sebagai
pendidik. Setelah diamanahkan untuk mengajar matapelajaran Bahasa Malaysia Tahun 2 oleh pihak pengurusan & pentadbiran, saya mula membaca Rancangan Pengajaran Tahunan
(RPT) dan membelek-belek buku teks dan buku rujukan yang telah dibekalkan.
Saya memulakan pengajaran &
pembelajaran (p&p) pada hari pertama minggu ke 2 di kelas 2 Gigih, di
sekolah yang baru SRAI Sg Manggis, Banting yang telah mula dekat dihati dengan
tajuk " Kata Hubung".
Mari
kita lihat apa itu "Kata Hubung".
Alhamdulillah.....selesai sudah p&p bagi tajuk kata hubung. Saya mengharapkan objektif p&p dapat dicapai dengan baik.Sebenarnya untuk menyelesaikan tajuk ini bukan hanya dalam 1 waktu p&p sahaja. Melalui pemerhatian, murid kelas 2 Gigih dapat menyebut semula maksud dan jenis-jenis kata hubung dengan baik. Mereka juga dapat membuat latihan dengan betul dan cepat.
Berbeza bagi murid kelas 2 Usaha. Mereka perlukan bimbingan dan latih tubi yang lebih dari guru. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua, khususnya para pendidik di luar sana.












Assalamualaikum
ReplyDeleteBahan yang menarik untuk dikongsi terutama guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu..
T.Q cikgu Aniedah..
Wowww..outstanding!! Good work
ReplyDeleteTerbaik ah.. Banyak dapat ilmu.. Terima kasih
ReplyDeleteTq..atas perkongsian..
ReplyDelete