Assalamualaikum..... alhamdulillah, Allah masih beri peluang untuk saya bernafas, meneruskan aktiviti hari ini seperti biasa. Bangun pagi hari ini, terus teringat nak sambung tulis blog, bukan ingat nak wat sarapan ape yee...hihihi. Emmm, tengah excited la katakan. Baru tau cara nak upload video yang kita buat sendiri. Terima kasih banyak pada sahabat, k.Nurhasimah Arshad yang banyak membantu walaupun hanya dalam telegram dan whatts App. Memang saya akui bahawa teknologi yang semakin maju ini sedikit sebanyak menjadikan kita berusaha untuk mahir IT.
Berbalik kepada tujuan asal, sebenarnya pagi ni nak kongsi cerita dengan semua mengenai lawatan sekolah saya ke Penang. Ini merupakan salah satu acara tahunan Tahun 6. Oleh kerana tahun ini saya merupakan sebahagian guru tahun 6. Guru kelas tahun 6 Gigih dan guru subjek Akhlak. Rasa bersyukur sangat dengan keputusan PSRA yang saja diumumkan, bila semua calon PSRA lulus 100% Terbaik bagi daerah Kuala Langat, di mana jumlah murid mumtaz ialah 29 orang. Ini merupakan tahun percubaan bagi saya. Tak sangka amat membanggakan! Tahun depan, 6 Gigih 2016....mu tunggu aku datang...hihihi. Perlu terus struggle dan memerlukan banyak pengorbanan. " Sebuah kejayaan itu umpama sebatang pokok : " Akarnya pahit tetapi buahnya manis".
Eh, eh .... cerita pasal PSRA pulak sebab suka sangat kan....Ok, throwback ...Saya teruja sangat nak ikut lawatan ni sebab, tak pernah sampai ke sini lagi sebelum ni. Actually, malu nak mengaku.... Siap bawak dua anak lagi. Untungla Nur Iman Nasuha dan Luqman Hakim. Ahli-ahli lawatan adalah terdiri daripada 9 orang guru pengiring, iaitu diketuai oleh Cikgu Hanif Jamian, seterusnya Cikgu Norhafizah Mohd Noor yang menguruskan sepenuhnya hal lawatan, saya sendiri, Cikgu Rohanidah Mohd Rohani, Cikgu Noraishah Jajuli, Emaliadzura Abdul Malek, Salwa Ibrahim, Zulaili Afidah Amat Taib, Rasimah Marjan dan Cikgu Mas Suriaty Salim. Seramai 60 orang murid tahun 6, dan beberapa orang murid Tahun 5 dan 4.
Memulakan perjalanan pada jam 10.30 malam. Ahad malam Isnin 8 Nov 2015. Sampai awal pagi jam 5.30 pagi di Masjid Negeri Pulau Pinang. Mandi, dan terus solat subuh berjemaah di masjid tersebut. Tentatif lawatan adalah seperti berikut:
7.30-8.30 : sarapan pagi
8.30-12.30 : Bukit Bendera
12.30-2.30 : Makan Tengahari & Solat Zohor & Asar (Qasar serta Jama') di Batu Frenggi
2.30-4.30 : Kilang Batik
4.30-7.00 : Padang Kota Lama( Pantai & Fort Cornwallis )
7.00 : Bergerak pulang
Emmmm...memang tak puas. Sekejap sangat...Paling best, makan nasi beriyani ayam dan pasembok di padang kota lama...awesom sangat! Paling tak best, beratur lama menunggu giliran beli jeruk Pak Ali, hehehe. Memang harus dikunjungi lagi next time.
Jom layan pic candit...
Cikgu Anip memang suka beraksi cenggitu
On the way ke Bukit Bendera
Cikgu yang lebih-lebih.....
Ape sajela tuuu
Nampak tak ?? Sebatang pokok ni de rupe manusia.....Subhanallah.
Next......layan video pulak.
Ok bai......kita jumpa trip akan datang pulak yeeee





No comments:
Post a Comment